PPM serbu premis sorok 60,000 batang rokok, tembakau seludup

Iklan
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 60,000 batang rokok putih dan 33 kilogram tembakau dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Kutan, Tumpat pada Rabu. Foto PPM

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menyerbu sebuah premis yang dipercayai menyorok 60,000 batang rokok putih dan 33 kilogram tembakau di Kampung Kutan di sini pada Rabu.

Rampasan bernilai RM122,430 itu dilakukan melalui Operasi Taring Landai dan Operasi Khas Kontraban hasil maklumat orang awam.

Iklan
Iklan

Jurucakap PPM berkata, pihaknya terpaksa memecahkan premis tersebut yang berkunci untuk membuat pemeriksaan.

"Hasilnya kita telah menjumpai pelbagai jenis rokok putih serta tembakau dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/Eksport) 2017," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Ujarnya, PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor sentiasa komited memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras sepenuhnya demi menjaga keselamatan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat walaupun masih menumpukan penugasan Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.

"Sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim bolehlah disalurkan dengan menghubungi talian 09-7211622," katanya.