Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya

Iklan
Peter Cklamovski FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

KETUA jurulatih Skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengamalkan prinsip pintu terbuka buat semua pemain, sama ada pemain tempatan mahupun berdarah warisan bagi menyarung jersi pasukan itu.

Beliau yang memulakan tugas secara rasmi bermula minggu ini berkata, ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.

Iklan
Iklan

"Semua pemain akan ada peluang untuk bersama skuad kebangsaan, tidak kira sebagus mana anda atau usia anda, tetapi jika anda boleh buktikan keupayaan, anda akan berhak (untuk dipanggil).

Jurulatih dari Australia itu berkata, skuad utama kebangsaan dalam masa sama telah mempunyai asas bola sepak yang kukuh, namun masih terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki sebelum mengharungi cabaran pada aksi kelayakan Piala Asia 2027, Mac ini.

Iklan

Bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung dari 25 Mac ini hingga 31 Mac tahun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos.

Hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak ke kejohanan bola sepak terunggul Asia itu di Arab Saudi dari 7 Jan hingga 5 Februari 2027.

Iklan

Cklamovski yang baharu sahaja tiba di tanah air semalam, dalam masa sama mengakui visi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim antara salah satu faktor utama beliau memilih menyertai revolusi baharu Harimau Malaya. - Bernama