Tanah runtuh di Jawa Tengah: Angka korban meningkat kepada 20

Iklan
Seorang ayah mendukung anak perempuannya yang berusia satu tahun setengah yang meninggal dunia akibat tanah runtuh. Foto AFP

JAKARTA - Angka korban akibat tanah runtuh di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, meningkat kepada 20 orang, menurut menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Pasukan penyelamat pada Selasa yang dibantu pihak polis dan tentera berjaya menemui tiga lagi mayat di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan
Pekerja membersihkan jalan yang terputus akibat kejadian tanah runtuh berikutan banjir kilat di Pekalongan, Jawa Tengah. Foto Agensi

Ketua BNPB, Suharyanto, yang melawat lokasi kejadian, memaklumkan bahawa tujuh orang masih dilaporkan hilang dan 13 mangsa mengalami kecederaan.

Lebih daripada 100 penduduk kini berlindung di pusat penempatan sementara.

Iklan

Hujan lebat di Pekalongan, sebuah bandar di wilayah tersebut, mencetuskan tanah runtuh yang dahsyat pada Ahad.

Indonesia kerap berdepan bencana semasa musim hujan. -Agensi

Iklan