Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina

Iklan
Keadaan kediaman penduduk selepas gempa bumi melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pagi Khamis - Foto: Agensi

MANILA - Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina seperti yang dilaporkan Xinhua.

Institut itu berkata gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 11.41 pagi waktu tempatan pada kedalaman 32 kilometer (km), kira-kira dua km ke tenggara bandar Siocon.

Iklan
Iklan

Institut itu turut memberi amaran bahawa gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan. - Bernama