Kepimpinan kebudak-budakan AS
Iklan
Kebangkitan Trump dan slogannya ‘Agungkan AS sekali lagi’ (Make America Great Again - MAGA) berlatarkan dua perkembangan. Foto AFP
PADA hari pertama Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) kali keduanya, beliau membawa negara terkuat di dunia daripada Perjanjian Iklim Paris dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WTO).
Ini tidak menghairankan kerana Trump dan pengikutnya memang kuat menolak sains dan melihat ancaman perubahan iklim dan pandemik Covid-19 sebagai konspirasi politik elit jahat sejagat.