RM1.2 bilion belum cukup jadi 50 individu terkaya Malaysia
Iklan
10 orang terkaya di Malaysia 2024.
SHAH ALAM - Di tengah-tengah polemik pendedahan nilai kekayaan dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani dan Mirzan, seseorang individu hakikatnya memerlukan nilai kekayaan sekurang-kurangnya RM1.4 bilion untuk menempatkan diri dalam kalangan 50 orang terkaya di Malaysia.
Berdasarkan maklumat laman Forbes 2024, individu terakhir tersenarai dalam carta 50 orang paling kaya di Malaysia ialah Loi Tuan Ee dan adik beradik dengan nilai kekayaan sebanyak RM1.4 bilion.