Cklamovski telah mendarat di Malaysia

Iklan
Peter Cklamovski

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski telah tiba di negara ini pada Rabu

"Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Peter Cklamovski selamat tiba di KLIA, Sepang dari Sydney, Australia, petang tadi.

Iklan
Iklan

"Cklamovski akan memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya," kata kenyataan FAM di laman Facebook badan induk itu.

Pengendali dari Australia berusia 46 tahun itu disahkan pengendali baharu Harimau Malaya mengambil alih tugas Pau Marti Vicente yang mengendalikan skuad negara dalam Kejuaraan Piala AFF.

Iklan

Kehadiran Cklamovski melengkapkan tiga tokoh penting yang dipertanggungjawabkan dalam menjayakan proses merevolusikan Harimau Malaya.

Cklamovski bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan, Dr Craig Duncan

Iklan

Sebagai rekod, usaha revolusi dibarakan pemilik gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.