KAHERAH - Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di lintasan sempadan Rafah di sebelah Palestin dengan rancangan untuk membuka semula pintu masuk itu dalam beberapa hari bagi memudahkan penghantaran bantuan yang lebih banyak ke Gaza, menurut laporan Agensi Anadolu (AA) yang memetik seorang pegawai kanan Mesir pada Selasa.
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS), sebelum ia berakhir dengan gencatan senjata pada Ahad.