ISTANBUL - Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Hari pertama kami di Rumah Putih belum berakhir! Pejabat Personel Presiden saya sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi kami untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’," kata Trump di platform media sosial Truth Social lewat Isnin.