Niat membantu kita fokus
Iklan
Fear of Missing Out (FOMO) iaitu ketakutan ketinggalan maklumat atau peluang bersosial mendorong pengguna memeriksa telefon secara berterusan. Foto hiasan 123RF
DARI masa ke masa, saya mendengar keluhan dan rungutan daripada sahabat handai betapa terganggunya mereka dengan telefon. Penggunaan berlebihan sering menjadi punca gangguan konsentrasi.
Yang sering menjadi gangguan ialah notifikasi daripada media sosial, e-mel atau mesej yang muncul di skrin.