Sembilan mengaku salah tawar 'job scam' sasar warga UK

Iklan
Sembilan individu mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi kerana melakukan ‘job scam’ menyasarkan warga United Kingdom.

KOTA TINGGI – Seramai lapan lelaki dan seorang wanita didenda RM7,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah penipuan dalam talian dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud menyasarkan warganegara United Kingdom (UK).

Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar, menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Kesemua tertuduh adalah Lee Kok Hong, 28, Alvin Loh Kar Xuan, 20, Stella Teo Kai Ting, 20, Tristan Wong Yong Jing, 22, Liow Jia Wei, 21, Teng Kai Wen, 20, Ernest Koh Boyuan, 23, Chin Jun Soon, 20, dan Koh Zhi Yu, 24.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa membuat penipuan dalam talian dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud (job scam) dan secara curang mendorong orang-orang terpedaya supaya memindahkan hartanya.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada jam 5 petang, 16 Januari lalu di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar di sini, pada 16 Januari lalu.

Justeru, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fang Leong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Tan Hik Tao dan G Neshaline.

Fang Leong memohon kesemua tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dengan mengambil kita kepentingan awam bagi mengelakkan masyarakat luar mengulangi kesalahan yang sama.

Nurkhalida Farhana kemudian menetapkan denda RM7,000 setiap seorang jika gagal bayar penjara selama empat bulan.