SKUAD boling para negara meraih pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Boling Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 di Hong Kong pada Selasa.
Pada acara berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park, Kowloon itu, Abg Yahya Abg Azhar mengumpul 1,435 jatuhan pin dalam lima permainan, mengatasi Yun Seung Sang dari Korea Selatan yang merangkul perak selepas mencatat 1,380 jatuhan pin.