'Siapa tak nak pertahankan keluarga' - Jaa Suzuran

Iklan
Jaa mengambil pendekatan bertenang dalam menghadapi kes dadah melibatkan ahli keluarganya.

PELAKON Jaa Suzuran mengakui terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita penangkapan abang dan kakak iparnya yang juga penyanyi popular menerusi Cinta Setandan Pisang, Eda Ezrin pada 1 November tahun lalu.

Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ahmad, 30, bagaimanapun berkata, dia tidak dapat membuka mulut untuk menjelaskan perkara itu kepada umum kerana tidak berada di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Kalau kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.

"Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian. Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan," ujarnya ketika ditemui pada malam gala Soloz: Game of Life di GSC Starling Mall malam tadi.

Iklan

Jaa mengakui terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita penangkapan abang dan kakak iparnya yang juga penyanyi popular menerusi Cinta Setandan Pisang, Eda Ezrin pada 1 November tahun lalu.

Ditanya bagaimana dia dilihat tenang menjawab setiap komen liar yang ditinggalkan menerusi media sosialnya, bekas penyampai radio itu merasakan tidak ada keperluan untuk membalas dalam keadaan marah.

Iklan

"Kadangkala tidak layan juga, tidak boleh salahkan mereka, benda tular siapa yang tidak ikut (perkembangan kes). Jadi tahan dan sabar sahajalah, nak marah-marah tak guna.

"Cuma saya harap kita berjaga-jaga ketika bercakap, tetapi kita tidak berada di tempat kejadian. Macam kes di Terengganu baru-baru ini, kita tiada di situ, tetapi kita nak juga mengulas.

"Kadang-kadang saya pun macam itu juga, bila ada benda tular, nak juga ulas.

"Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap memang saya nak bercerita. Siapa tak nak pertahankan keluarga," jelasnya

Terdahulu, penyanyi dikir barat Malaysia dan lima yang lain didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Pekan Sungai Golok pada 1 November lalu.

Bagaimanapun penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat yang lain, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.

Namun mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasuki dadah dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat, Yuan Khao Kham

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di bandar Sungai Golok jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November lalu.