Nisbah 21 IDF:1 Hamas
Iklan
Rakyat Palestin meraikan pembebasan kira-kira 90 banduan yang dibebaskan oleh Israel pada awal pagi Isnin sebaik tiba di bandar Beitunia, Tebing Barat yang diduduki di pinggir Ramallah - Foto: AFP
SELEPAS 15 bulan melancarkan serangan ke atas wilayah Gaza, pada 19 Januari lalu fasa pertama gencatan senjata antara tentera negara haram Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas bermula.
Walaupun bersifat sementara dan tiada jaminan fasa-fasa berikutnya akan dapat menghentikan pembunuhan serta penderitaan selama 15 bulan di Gaza, sekurang-kurangnya ia memberi nafas lega kepada penduduk Palestin untuk seketika.
Perdana Menteri Israel pada permulaan konflik telah menyatakan dengan angkuh bahawa objektif peperangan yang dilancarkannya mempunyai tiga objektif utama.