Dasar dagang Trump boleh cetus ketegangan baharu
Iklan
Mohd Yazid (gambar kecil) berpendapat, kesan pelantikan semula Trump sebagai Presiden AS akan meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, hubungan antarabangsa dan keharmonian sosial dalam negara.
SHAH ALAM - Pelantikan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka menjejaskan hubungan dengan sekutu tradisional seperti Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara anggota Kesatuan Eropah.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, situasi berkenaan boleh berlaku disebabkan keutamaan Trump terhadap unilateralisme berbanding perjanjian pelbagai hala.