ABU DHABI - Abu Dhabi menduduki tempat pertama dalam senarai bandar raya paling selamat di dunia bagi 2025, berada di ranking itu bagi tahun kesembilan berturut-turut sejak 2017, menurut pangkalan data dalam talian Numbeo, mencerminkan usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam merangka pelan, strategi dan inisiatif keselamatan yang unggul.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), Abu Dhabi menduduki tempat pertama daripada 382 bandar raya di dunia dalam penarafan 2025 mengekalkan gelaran bandar raya paling selamat di dunia oleh Numbeo selama hampir sedekad.