Matahari terbit di tengah Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Matahari mula terbit di tengah Jambatan Pulau Pinang dengan langit berwarna merah pada tinjauan hari ini.Pada musim kemarau yang melanda di negeri ini memberi peluang kepada para jurugambar merakamkan detik terbitnya matahari berhampiran Jambatan Pulau Pinang. Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.Berikutan fenomena ini, beberapa empangan di negeri ini terutama di kawasan Utara mengalami kekurangan air. - Foto Bernama