GAZA - Hamas menyerahkan tiga tahanan wanita pertama Israel kepada Palang Merah selepas gencatan senjata berkuat kuasa berlaku, di Gaza pada Ahad.
Memetik laporan media luar negara, siaran langsung televisyen menunjukkan tiga tebusan terbabit keluar daripada sebuah kenderaan yang dikelilingi oleh pejuang Hamas.
Iklan
Iklan
Ketiga-tiga wanita berkenaan kemudian memasuki kenderaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Seorang pegawai Israel memberitahu Reuters bahawa pihak Palang Merah telah mengesahkan bahawa tiga tahanan yang terlibat berada dalam keadaan kesihatan yang baik.
Sebelum ini, Hamas mengumumkan tiga tebusan warga Israel yang akan dibebaskan ialah Romi Gonen, 24, Emily Damari, 28 dan Doron Steinbrecher, 31.
Sementara itu, di Tebing Barat, deretan bas sedang menunggu sebagai persediaan untuk pembebasan tahanan warga Palestin oleh Israel.
Menurut Hamas, kumpulan pertama warga Palestin yang akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada tiga tebusan itu termasuk 69 wanita dan 21 remaja lelaki.