Bas bawa tahanan Palestin berlepas dari penjara Israel

Iklan
Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin. Gambar Reuters

TEBING BARAT - Sebuah bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah, di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.

Pembebasan tahanan Palestin ini adalah bagi kepulangan tiga tebusan Israel pada Ahad.

Iklan
Iklan

Mengikut perjanjian itu, gencatan senjata tiga peringkat dimulakan dengan fasa enam minggu pertama di mana tebusan yang ditahan oleh Hamas akan ditukar dengan tahanan yang ditahan oleh Israel.

Sebanyak 33 daripada 98 tebusan Israel yang masih tinggal, termasuk wanita, kanak-kanak dan lelaki berusia lebih 50 tahun, dijadualkan dibebaskan dalam fasa pertama ini.

Iklan

Fasa pertama gencatan senjata dalam konflik 15 bulan antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa selepas penangguhan selama tiga jam.

Bagaimanapun, pesawat tempur terus mengebom semenanjung Gaza. - Awani/ Agensi

Iklan