Si penipu sasar tanah terbiar
Iklan
Tanah yang tidak dibangunkan sering menjadi sasaran dalam kes penipuan pindah milik tanah. Gambar kecil: Mohd Norzaki
KUALA LUMPUR - Isu penipuan melibatkan pertukaran hak milik tanah tanpa pengetahuan pemilik asal semakin membimbangkan kerana kebanyakan kes dikesan melibatkan tanah terbiar.
Mendedah perkara itu, peguam hartanah, Mohd Norzaki Yusop berkata, kebiasaannya tanah tersebut tidak diusahakan atau pemiliknya telah meninggal dunia.