Orang dalam dalang pindah milik tanah
Iklan
Dalam tempoh empat bulan sejak September lepas, polis sudah menahan 17 individu, termasuk tujuh kakitangan pejabat tanah di Selangor kerana disyaki terbabit kartel berkenaan melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta. Gambar kecil: Ramli
KUALA LUMPUR - Kegiatan penipuan pindah milik tanah tanpa pengetahuan pemilik asal dikesan dilakukan secara sindiket membabitkan orang dalam atau kakitangan yang mudah akses kepada data dan sistem maklumat berkomputer di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Dalam tempoh empat bulan sejak September lepas, polis sudah menahan 17 individu, termasuk tujuh kakitangan pejabat tanah di Selangor kerana disyaki terbabit kartel berkenaan melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.