TPM ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin
Iklan
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin yang merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India Super 750.
KEJAYAAN beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India Super 750 membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil mengucapkan tahniah, Ahmad Zahid berkata, kejayaan itu juga membuktikan ketabahan dan semangat juang luar biasa atlet negara.
Iklan
Iklan
"Teruskan momentum ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa tahun ini. Well done, boys. Keep it up!,” katanya dalam hantaran di laman X pada Ahad.
Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.
Iklan
Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai AS$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima AS$33,250 (RM149,836).
Sze Fei terdahulu menyifatkan kemenangan itu sesuatu yang amat bermakna buat mereka berdua.
Iklan
"Kami gembira kerana bergelut dan dapat mengatasi mereka. Kami terpaksa banyak bersabar selepas mereka tidak melakukan banyak kesilapan mudah,” katanya.
Kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India ialah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>