SHAH ALAM - Jumlah Jaminan bank sebanyak RM250,000 sebagai syarat atau undang-undang kepada syarikat pengendali umrah dianggap sebagai tidak mencukupi untuk memastikan semua pelanggan menerima bayaran balik jika berlaku sebarang kecemasan.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, mengambil contoh situasi 500 jemaah yang mengambil pakej berharga RM5,000 ditipu, jumlah berkenaan tidak mencukupi bagi tujuan pemulangan semula wang pelanggan.