KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang turut disertai Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dalam satu sesi diatur oleh Standard Chartered, Majlis Perniagaan ASEAN-UK dan Dewan Perdagangan dan Dewan Perniagaan British Malaysia baru-baru ini, beliau telah berkongsi pelbagai kelebihan Malaysia sebagai hab serantau untuk syarikat UK.