Apakah cita-cita Malaysia?
Iklan
Golongan muda merupakan aset penting dalam pembangunan negara. Gambar hiasan 123RF
APAKAH Malaysia untuk kita? Pergelutan modenisasi dan demokrasi serta kepelbagaian kesan migrasi serta anjakan kelestarian disulami dunia pendigitalan seolah-olah memberi amaran kita perlu kembali kepada roh membina masa depan bersama sebagaimana ketika pasca peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Kita sudah membina Malaysia tetapi mengukuhkan warganya bukan mudah. Bagaimana untuk mencapai cita-cita Malaysia? Apakah kita sedar ada cita-cita dalam Rukun Negara yang dilancar sebagai dokumen keramat Malaysia, bertujuan memanjangkan keharmonian dan mengurangkan jurang masyarakatnya dengan harapan mengetahui walau kita berbeza tetapi satu di Malaysia.