SEPUPU Khabib, Umar Nurmagomedov percaya dia mempunyai segala apa yang diperlukan untuk menumbangkan penyandang gelaran bantamweight, Merab ‘The Machine’ Dvalishvili di UFC 311 yang berlangsugn d Inuit Dome, Los Angeles hari ini.
Seperti Khabib, Umar tidak pernah tewas dan memiliki rekod 18-0 dalam seni bela diri campuran (MMA).
Iklan
Iklan
Mengulas pertembungan dengan Merab, Umar berkata:"Hari ini (Sabtu) dia nampak lebih tenang, tidak seperti semalam. Apa pun, saya sudah tidak sabar masuk Oktagon dengannya. Tinggal satu hari lagi, saya akan bawa pulang tali pinggang ini.”
Merab sebelum ini memperlekeh Umar dan menganggap petarung dari Dagestan itu belum layak mencabarnya kerana belum pernah mengalahkan petarung hebat seperti Henry Cejudo, Sean O'Malley, Petr Yan dan Deiveson Figueredo.
Dia juga menuduh Umar mendapat layanan istimewa daripada Presiden UFC, Dana White dan menggunakan pengaruh Khabib untuk merebut tali pinggang bantamweight