Komuniti dunia main peranan, sokong pembangunan semula Palestin
Iklan
Komuniti antarabangsa memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan semula Palestin. Foto Agensi
SHAH ALAM - Komuniti antarabangsa memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan semula Palestin dengan memenuhi keperluan serta mewujudkan keadaan penyelesaian yang mampan susulan perkembangan gencatan senjata Israel-Hamas.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohd Yazid Zul Kepli berpandangan, pelbagai bantuan kemanusiaan perlu dihantar segera bagi mengurangkan penderitaan akibat konflik yang dijangka berakhir Ahad ini.