Terbuka India: Aaron-Wooi Yik kempunan ke final
Iklan
Kemaraan beregu lelaki nombor dua negara, Aaron-Wooi Yik ke pentas pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 terhenti selepas tersingkir di pusingan separuh akhir di New Delhi malam ini. Foto AFP
KEMARAAN beregu lelaki nombor dua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pentas pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 terhenti selepas tersingkir di pusingan separuh akhir di New Delhi malam ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi, beregu ranking kelima dunia itu terpaksa akur apabila tewas kepada juara Terbuka Malaysia 2025 dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 20-22, 19-21 dalam tempoh 41 minit.
Iklan
Iklan
Keputusan itu sekali gus gagal mengubat kekecewaan mereka pada edisi lepas yang turut terkandas di peringkat separuh akhir.
Kali terakhir Aaron-Wooi Yik ke pentas final kejohanan yang sama adalah pada edisi 2023.
Iklan
Sementara itu, beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang menghuni ranking ketiga dunia, juga menerima nasib sama setelah dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 17-21, 15-21 dalam tempoh 42 minit. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>