TEHRAN - Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik agensi berita Fars.
Seorang lelaki bersenjata dipercayai telah menceroboh Mahkamah Agung dan menembak mati dua hakim. Seorang lagi hakim serta pengawal peribadi mereka turut mengalami kecederaan. Penembak berkenaan dilaporkan membunuh diri.