Liga Pro Saudi: Al-Hilal gugur nama Neymar

Iklan
Neymar diura-ura akan berpindah ke francais Liga Utama Bolasepak (MLS), Chicago Fire, bagi mengakhiri mimpi buruknya di Arab Saudi.

NEYMAR tampak akan meninggalkan kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dia tidak didaftarkan untuk perlawanan liga seterusnya.

Pemain berusia 32 tahun itu diura-ura akan berpindah ke francais Liga Utama Bolasepak (MLS), Chicago Fire bagi mengakhiri mimpi buruknya di Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Neymar hanya membuat dua penampilan sebagai pemain gantian dalam Liga Juara-Juara AFC untuk Al-Hilal musim ini, manakala kecederaan juga menghadkannya kepada hanya tiga penampilan liga pada 2023-24.

Peluang Neymar untuk menyumbang kepada skuad kendalian Jorge Jesus itu terjejas berikutan ketua jurulatih tersebut memilih untuk tidak mendaftarkannya.

Iklan

Dipetik dalam The Mirror, Jesus berkata:"Liga Saudi adalah salah satu liga terbaik di dunia.

"Semua pemain Al-Hilal boleh bermain untuk mana-mana kelab di Eropah. Neymar tidak lagi mampu beraksi di tahap yang kami harapkan.

Iklan

Malangnya keadaan menjadi sukar baginya. Dia masih mempunyai kontrak bersama Al-Hilal dan mungkin terpulang kepadanya untuk menentukan masa depannya.

"Ia bergantung kepada pentadbiran.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang masa depan Neymar.

"Kami mempunyai kuota untuk pemain yang lahir pada 2003 dan ke atas." - Astro Arena