RENATO 'Money' Moicano akan bertarung untuk gelaran juara lightweight UFC di Intuit Dome, Los Angeles pada Ahad.
Moicano (20-5-1) mengambil alih acara utama UFC 311 dengan notis singkat bagi menggantikan Arman Tsarukyan.
Arman menarik diri daripada berdepan penyandang juara, Islam Makhachev (26-1) akibat kecederaan.
Moicano layak bertarung dengan Islam selepas berjaya mencapai berat badan kelas lightweight semasa sesi timbang berat UFC 311 pada awal pagi Sabtu.
Petarung Brazil itu pada asalnya dijadualkan bertemu Beneil Dariush di acara utama kad pay-per-view UFC 311, kini menghadapi cabaran yang lebih besar apabila menentang Islam yang juga rakan baik serta pelatih kepada Khabib Nurmagomedov.
Islam telah mencatatkan 14 kemenangan berturut-turut di UFC dan akan memecahkan rekod yang tersimpan selama 15 tahun bagi gelaran keempat berturut-turut dalam kelas lightweight.
Ketika ini, Islam terikat dengan empat petarung lain: BJ Pen, Khabib Nurmagomedov, Jens Pulver dan Frankie Edgar dengan tiga gelaran lightweigth berturut-turut.
Moicano sendiri telah memenangi empat perlawanan berturut-turut, termasuk kemenangan TKO pusingan kedua ke atas Benoit Saint Denis dalam pertarungan terakhirnya pada September lalu.
Dariush tidak akan bertanding di UFC 311 selepas perubahan Moicano ke acara utama UFC.
"Kami akan menguruskan Beneil. Kami akan selesaikan perkara ini,” kata Presiden UFC, Dana White selepas sesi timbang berat UFC 311.