Perkembangan baharu Singapura
Iklan
Jika dilaksanakan dengan sewajarnya, JS-SEZ mampu menyusun semula landskap ekonomi Johor, mengukuhkan hubungan dua hala dan membawa kemakmuran kepada kedua-dua negara. Gambar hiasan
ZON Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah mencetuskan perbincangan hangat baru-baru ini. Merangkumi kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang, zon ini berkeluasan lebih 3,500 kilometer persegi, lima kali ganda lebih besar daripada Singapura.
Dengan sasaran menarik 100 projek baharu dan mencipta 20,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam tempoh 10 tahun, inisiatif ini menjanjikan manfaat untuk rakyat Malaysia dan Singapura.