PDRM tagih sentuhan penyudah Ifedayo
Iklan
Ifedayo (kiri) kembali perkuatkan PDRM menjelang aksi menentang Kedah di Selayang pada Sabtu. Foto PDRM Football Club
KEMBALINYA penggempur berbisa PDRM FC, Ifedayo Olusegun disifatkan motivasi terbaik buat The Cops apabila melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.
Malah, pengendali PDRM, P Maniam tanpa berselindung mengharapkan kehadiran semula Ifedayo dapat menjadikan jentera penyudah lebih berkesan selepas tewas kepada Kuching City dalam perlawanan liga di Selayang pada 11 Januari lalu.
Iklan
Iklan
"Kita semasa berdepan Kuching City berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama, tetapi sebaliknya separuh masa kedua kita langsung tidak berpeluang untuk mencipta peluang.
"Jadi apabila kembalinya Ifedayo diharapkan pemain dapat meningkatkan prestasi berpasukan dalam menterjemahkan setiap peluang bagi mendapatkan bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik kedua selepas ini,” katanya kepada Sukan Sinar.
Iklan
Sebagai rekod, perlawanan timbal balik kedua dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Februari depan.
Mengenai prestasi semasa Kedah kendalian pengendali sementara Victor Andrag, Maniam mengingatkan pemain PDRM agar tidak memandang mudah keupayaan skuad Kenari yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan Darul Naim di Alor Setar pada 10 Januari lalu.
Iklan
"Kedah juga memiliki pemain berkualiti seperti Syafiq (Ahmad), Milos (Gordic), Amirul (Hisyam) selain Fayadh (Zulkifli) yang lebih baik daripada kita. Jadi pemain PDRM tidak boleh mengambil mudah cabaran Kedah,” katanya.
PIALA CABARAN
Separuh akhir pertama
Sabtu (18 Januari)
PDRM FC lwn Kedah Darul Aman
(Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 9 malam)
Ahad (19 Januari)
Penang FC lwn Selangor FC
(Stadium Bandaraya, 8.30 malam)
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>