UFC 311: Arman ikrar tumbangkan Islam

Iklan
Islam (kiri) akan mempertahankan gelaran lightweight apabila berdepan Arman di UFC 311.

ARMAN Tsarukyan percaya dia mempunyai segala apa yang diperlukan untuk menewaskan Islam Makhachev di UFC 311 yang berlangsung di Intuit Dome, Los Angeles pada Ahad ini.

Petarung Armenia itu yang mempunyai rekod 22-3 dalam seni bela diri campuran (MMA) memberi amaran bahawa dia bukan lagi petarung yang sama ketika berdepan Islam semasa debut UFC pada April 2019.

Iklan
Iklan

Ketika itu, nama Arman tidak dikenali namun berjaya memberikan Islam (26-1) masalah di dalam Oktagon sebelum kalah menerusi keputusan hakim.

Justeru, bagi petarungan ulangan kali ini, Arman teruja untuk menunjukkan peningkatannya sekali gus merampas gelaran lightweight yang disandang jaguh Dagestan itu sejak dua tahun lalu.

Iklan

"Sudah tentu saya mengalami banyak perubahan terutama kemahiran dan pengalaman bertarung di UFC.

"Menjelang UFC 311, keyakinan saya juga melonjak dan saya berjanji untuk KO (knockout) Islam.

Iklan

"Islam memang ada pakej lengkap tetapi dia juga ada kelemahan. Saya akan eksploitasi kelemahan itu, menang dan bawa pulang tali pinggang lightweight,” katanya.

Bagi Islam, UFC 311 adalah peluang terbaiknya untuk memecahkan rekod yang bertahan 15 tahun bagi rekod gelaran terbanyak dalam kelas lightweight.

Ketika ini, Islam terikat dengan empat petarung lain: BJ Pen, Khabib Nurmagomedov, Jens Pulver dan Frankie Edgar dengan tiga gelaran lightweigth berturut-turut.