Bala atau musibah alam?
Iklan
Pemandangan udara kawasan kejiranan yang musnah dalam Kebakaran Palisades. Foto AFP
AWANG baca dalam media arus perdana dan ikuti juga dalam media sosial bahawa malapetaka api besar yang melanda California sekarang adalah bala daripada ALLAH. Kononnya ini angkara kesombongan Amerika Syarikat (AS).
Faktanya, api liar atau wildfire bukan perkara aneh di AS. Sebahagian negara itu kering dan tempat manusia tinggal asalnya padang pasir.