MR D.I.Y. perkenal SOS Kit bantu masyarakat bertindak pantas ketika kecemasan
Iklan
MR D.I.Y. SOS Kit mengandungi barang-barang keperluan pertolongan cemas dan kecemasan kenderaan.
PERUNCIT barangan kelengkapan rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y. memperkenalkan MR D.I.Y. SOS Kit bagi membantu masyarakat bertindak pantas dalam menangani situasi kecemasan.
Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, kit tersebut direka untuk membantu pengguna memberikan bantuan perubatan segera dan alat untuk menangani kerosakan kenderaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam mendepani pelbagai situasi kecemasan berkaitan kesihatan dan kemalangan yang tidak dijangka berlaku, amat penting untuk memastikan setiap individu serta keluarga bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kit ini direka khas untuk membantu penyelamatan pantas dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada untuk luka kecil atau tayar pancit, kami mahu pelanggan tahu bahawa MR D.I.Y. sentiasa ada untuk mereka.
Iklan
"Antara kandungan kit ini termasuk ubat-ubatan dan peralatan merawat luka, alat-alat penting seperti pemecah kaca, pemotong tali pinggang keledar, pengembung tayar, pam kaki, penampal tayar dan kabel jumper.
"Ia semestinya sangat berguna apabila menghadapi keadaan yang tidak dijangka, sama ada di rumah, di tempat kerja atau semasa dalam perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Mengulas lanjut, menurut Alex, setakat ini, lebih 1,300 SOS Kit telah ditempatkan di beberapa pusat membeli-belah terpilih dan tempat letak kereta sekitar Lembah Klang.
Tambah beliau, penghasilan kit tersebut merupakan kaedah mereka menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia terutama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang terjamin ketika berada di luar.
"Antara pusat membeli-belah yang terlibat termasuklah Quill City Mall dan Bloomsvale Shopping Gallery di Kuala Lumpur dan DPULZE Shopping Centre di Cyberjaya.
"Kami berharap lebih banyak perniagaan dan pengendali pusat membeli-belah akan turut menyediakan kit ini di lokasi mereka.
"Marilah kita bersama-sama menjadikan pengalaman membeli-belah lebih selamat dan terjamin untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>