Skyworld raih emas Anugerah Jenama Putra Aria 2024 dua tahun berturut-turut
Iklan
Chee Seng (lima dari kiri) menerima Anugerah Emas daripada Lydia Wang dan Andrew di Malam Gala Anugerah Jenama Putra Aria 2024.
PEMAJU bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) meraih Anugerah Emas dalam kategori Pembangunan Hartanah di Majlis Anugerah Jenama Putra Aria 2024 selama dua tahun berturut-turut.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan itu menonjolkan kedudukan SkyWorld sebagai pemaju hartanah yang dipercayai, terkenal dengan produk berkualiti, inovasi dan penciptaan nilai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setiap produk dibuat mengikut standard piawaian industri dan dinilai melalui Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
"Anugerah ini juga membuktikan dedikasi SkyWorld sebagai pemaju hartanah bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
Iklan
"Ia menyerlahkan impak inisiatif SkyWorld Healthy Homes yang memberi keutamaan kepada kelestarian, kualiti tinggi dan kesejahteraan peribadi dalam setiap pembangunan.
"Setakat ini, SkyWorld telah mencapai skor QLASSIC tinggi untuk semua pembangunan yang disiapkan, termasuk mencatat skor QLASSIC tertinggi untuk SkyAwani 5 dalam kategori perumahan mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Mengulas lanjut, menurut Chee Seng, kejayaan tersebut telah mendorong mereka untuk meningkatkan kualiti, berinovasi dan memberikan pengalaman terbaik bagi memenuhi jangkaan pengguna.
Tambahnya, hasrat tersebut bertepatan dengan visi syarikat yang sentiasa ingin menjadi pemaju bandar terbaik.
Beliau berkata, hasil terhadap kualiti dan kepercayaan pengguna, SkyWorld telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek perumahan mampu milik terbesar di Pulau Pinang akan akan dilancarkan beberapa bulan lagi.
"Penghormatan ini mengukuhkan keyakinan yang diberikan kepada SkyWorld untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia melalui penyelesaian perumahan berkualiti tinggi dan inovatif.
"Kejayaan ini dipacu oleh tiga tonggak utama kami iaitu pengalaman SkyLiving bersepadu, penciptaan nilai dan inovasi dalam persekitaran lestari,” ujarnya.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.