INDUSTRI kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Jessica Chew Cheng Lian berkata, jumlah aduan dalam beberapa tahun ini adalah 65 peratus lebih tinggi dari segi purata berbanding 2020, mencerminkan kerumitan perkhidmatan kewangan yang meningkat serta tahap kesedaran dan jangkaan pengguna yang tinggi.