Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
Iklan
Laporan Sinar Harian
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon bekas naib presiden parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 susulan tindakan melanggar syarat bon parti itu.
Peguam PKR, Navpreet Singh berkata kepada Bernama, parti itu telah mengemukakan permohonan pada 8 Jan lepas dan notis usul telah diserahkan kepada peguam Zuraida.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, PKR sedang berusaha untuk mengembalikan semula jumlah asal sebanyak RM10 juta.
"Pengurusan kes ditetapkan pada 10 Februari ini," katanya sambil menambah PKR telah mengemukakan 12 persoalan undang-undang.
Iklan
Pada 11 Disember tahun lepas, panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk See Mee Chun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Zuraida telah melanggar syarat bon parti, namun mengurangkan jumlah bayaran daripada RM10 juta kepada RM100,000.
Pada 23 Jun 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Zuraida yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang membayar RM10 juta selepas memutuskan memihak kepada PKR dalam saman terhadapnya.
Iklan
Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati bon itu adalah kontrak yang sah dan mengikat.
Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 28 September 2020 bagi pihak parti untuk menuntut RM10 juta daripada Zuraida atas dakwaan melanggar syarat bos yang mengikatnya kepada parti.
Dalam terma dan syarat bon, antara lain Zuraida dikehendaki membayar RM10 juta kepada PKR dalam tempoh tujuh hari sekiranya berlaku beberapa kejadian selepas memenangi pilihan raya atas tiket PKR termasuk jika beliau meletak jawatan dari parti, menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.
Zuraida dalam pembelaannya mendakwa beliau dipaksa menandatangani bon dengan parti itu untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.