Lelaki ditahan disyaki rogol jiran bawah umur

Iklan
Suspek ditahan disyaki terlibat kes rogol remaja bawah umur di Tawau.

TAWAU - Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan dakwaan merogol jirannya yang juga remaja bawah umur di daerah ini.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya selepas laporan polis dibuat mangsa di sebuah balai polis dengan ditemani neneknya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu terbongkar apabila nenek mangsa menyedari bahawa cucunya telah dirogol dan apabila ditanya, mangsa mengaku bahawa dia telah dicabul oleh suspek sebanyak tiga kali selama dua bulan.

"Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau membuat serbuan di sebuah rumah dan berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Tawau untuk ditahan reman dan kes akan disiasat dibawah sekyen 376(1) Kanun Keseksaan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan kesalahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012," katanya.

Iklan