KPWKM fokus lima aspek utama Kampung Angkat Madani

Iklan
Nancy (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik Kampung Angkat Madani (KAM)

TUMPAT - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memfokuskan lima aspek utama dalam melaksanakan pembangunan projek fizikal dan bukan fizikal Kampung Angkat Madani (KAM) di Kampung Pasir Pekan Tengah.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, projek bernilai RM2.5 juta itu dapat memberi manfaat kepada penduduk terutama untuk meningkatkan ekonomi.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, antara aspek utama yang menjadi fokus projek Kampung Angkat Madani di kampung berkenaan ialah kemudahan logistik termasuk pembinaan jeti terapung menggunakan teknologi biokomposit dengan kerjasama Agensi Nuklear.

"Jeti ini menjadi dimanfaatkan pihak bomba dan penyelamat bagi kerja-kerja menyelamat mangsa lemas termasuk kes tertentu di sungai," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Integrasi Kasih KPWKM Sempena Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat pada Jumaat.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Iklan

Nancy memberitahu, penduduk turut digalakkan menjana ekonomi melalui aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

Jelas Nancy lagi, Jabatan Perikanan negeri Kelantan menyumbang 10,000 anak ikan selain memasang 20 unit lampu solar bagi menambah baik landskap persekitaran yang gelap dan kurang selamat di kampung berkenaan.

"Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama antara agensi Persekutuan dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan," katanya.