Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Iklan
Mudah tunai dianggarkan RM27.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.98 bilion bagi dana Islam. Gambar hiasan

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM27.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.98 bilion bagi dana Islam.

Iklan
Iklan

Pada hari ini, bank pusat berkenaan akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing tender RM2.2 bilion selama tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari.

BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM3.0 bilion selama tiga hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM630 juta selama tujuh hari.

Iklan

Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual dan belian semula dan kemudahan komoditi Murabahah Bercagar untuk seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.0 bilion dan RM16.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama

Iklan