Terus desak Israel benarkan bantuan ke Gaza
Iklan
Gencatan senjata, sekatan ekonomi dan kepungan selama sejak 17 tahun lalu diharap dapat dihentikan demi melancarkan lagi misi bantuan kemanusiaan dan pemulihan Gaza. Foto AFP (Gambar kecil: Hafidzi)
SHAH ALAM - Masyarakat dunia perlu terus mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membenarkan bantuan kemanusiaan segera disalurkan ke Gaza tanpa perlu menunggu sehingga gencatan senjata berkuat kuasa.
Ia berikutan, berdasarkan kenyataan rasmi Hamas, bantuan kemanusiaan dan bahan api hanya akan mula dibenarkan masuk pada hari pertama gencatan senjata pada Ahad ini.