Merintis krisis Perlembagaan ke-4
Iklan
Gambar hiasan.
PADA lewat tahun 2018, krisis perlembagaan kritis tercetus di Sri Lanka apabila Presiden Maithripala Sirisena memecat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe, lalu melantik bekas Presiden Mahinda Rajapaksa sebagai ganti - meskipun Rajapaksa tidak mendapat sokongan parlimen.
Krisis perlembagaan berkait politik itu juga telah menyaksikan Colombo lumpuh dalam celaru, apabila dua perdana menteri berbalah berebut legitimasi, Malaysia juga pernah mengalami krisis yang serupa kali pertama pada tahun 1983.