Bekas Presiden Korea Selatan mula jalani hukuman penjara

Iklan
Lee Myung-bak

SEOUL - Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dibawa ke penjara hari ini dan mula menjalani hukuman penjara 17 tahun atas kesalahan rasuah dan penggelapan wang selepas rayuannya untuk mendapatkan hukuman lebih ringan gagal.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengarahkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas Myung-bak, 78, kerana mendakwa bekas pemimpin itu tidak menunjukkan rasa kesal atau bertanggungjawab atas perbuatannya.

Iklan
Iklan

Myung-bak yang memegang jawatan pada 2008-2013 dipenjara pada 2018 selepas beliau dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan denda 13 bilion Won (RM45 juta) namun dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau disabit bersalah kerana menggelapkan dana berjumlah puluhan juta dolar dan menerima suapan daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran mendapatkan pengampunan presiden untuk Pengerusi, Lee Kun-hee yang dipenjarakan kerana mengelakkan cukai.

Iklan
Iklan

Pengganti beliau, Park Geun-hye juga sedang menjalani hukuman penjara 32 tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa selepas disingkirkan pada tahun 2017. - Agensi