KLUANG - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Jalan Kluang-Kahang pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan kehilangan Lee Siew Hat, 73, dibuat isterinya pada jam 4.30 petang mengatakan suaminya tidak pulang sejak pagi selepas pergi ke kebun.