Megat Shahriman batal hasrat bertanding Presiden FAM

Iklan
FAM bakal mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Penggal 2025-2029 pada 15 Februari depan. Gambar Kecil: Megat Shahriman

DATUK Seri Megat D Shahriman Zaharudin membatalkan hasratnya bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Megat Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menegaskan faktor kekangan masa merupakan alasan beliau mengambil keputusan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Memang pada awalnya saya amat berminat untuk bertanding, tetapi dalam keadaan kekangan masa saya yang sibuk. Saya menangguhkan niat itu dulu.

"Secara peribadi, saya memang berminat membantu sukan bola sepak negara, tetapi mungkin belum masa lagi,” katanya pada Khamis.

Iklan

Menurut, Noor Azman, badan induk itu sudah menghantar e-mel notis kongres dan borang pencalonan bertarikh tutup 16 Januari kepada semua ahli gabungannya pada 25 Disember lalu.

Laporan Sukan Sinar berkaitan Megat Shahriman mahu bertanding jawatan Presiden FAM.

Pada 3 Januari lalu, Megat Shahriman menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu bagi penggal 2025-2029.

Iklan

Jelas Megat Shahriman lagi, pada masa ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada tanggungjawab dalam MPM serta beberapa lagi persatuan sukan lain.

"Tugas presiden bukan hanya pada gelaran, sebaliknya ia adalah tanggungjawab besar kepada rakyat yang mengharapkan perubahan positif serta mencapai sasaran,” katanya yang kini berada di India atas urusan kerja.