CEO Harimau Malaya mahu cipta legasi, bukan kejayaan jangka pendek

Iklan
Robert Friend

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO), skuad Harimau Malaya Robert Friend berkata, beliau tidak berada di Kuala Lumpur untuk memburu kejayaan jangka pendek, sebaliknya berharap dapat mencipta legasi berkekalan untuk bola sepak negara.

Friend yang memulakan tugasnya secara rasmi di Wisma FAM semalam, menggambarkan Harimau Malaya sebagai 'gergasi yang sedang tidur' dan berkata terdapat banyak perkara yang sudah tersedia di sini dan beliau teruja untuk bekerja bagi mengembangkan sukan bola sepak di Malaysia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan Kanada itu ingin sekali mengetahui mengapa pasukan negara berada di ranking ke-132 dunia, selain punca skuad remaja gagal melayakkan diri ke Piala Asia.

"Saya di sini untuk membina model jangka panjang yang mampan dan ini memerlukan masa. Ia seperti membina rumah, kita perlu meletakkan asas terlebih dahulu kerana jika tidak membina asas, ia tidak akan bertahan lama.

Iklan

"Saya di sini untuk mencari jawapan dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk kejayaan bola sepak dan berharap suatu hari nanti melihat Malaysia beraksi di Piala Dunia, itu adalah impian saya,” katanya dalam video yang dikongsikan di media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mempunyai matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang, Friend mengakui keputusan perlawanan menentang Nepal dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac ini akan menjadi penentu dalam memulakan impiannya.

Iklan

Bekas pemain antarabangsa berusia 44 tahun itu percaya keputusan positif dalam aksi kelayakan boleh membina momentum yang baik untuk skuad Harimau Malaya mencapai sasaran masa depan.

Friend, yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran bola sepak sejak bersara sebagai pemain pada Disember 2014, berkata sebab utama beliau menerima jawatan ini adalah visi dan kepimpinan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk pasukan kebangsaan.

Beliau percaya gabungan kepakarannya dengan ketua jurulatih kebangsaan Peter Cklamovski dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Dr Craig Duncan, dapat memimpin Harimau Malaya mencapai kejayaan. - Bernama