400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Iklan
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, malam esok.
POLIS akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, malam esok.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, perkara itu bagi memastikan kelancaran trafik sekitar stadium serta perjalanan perlawanan antara pasukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT), yang dijangka dihadiri puluhan ribu penonton.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, polis akan menjalankan pemeriksaan ketat di pintu masuk stadium bagi memastikan penonton tidak membawa barang-barang atau peralatan berbahaya, selain pemeriksaan badan dan beg oleh petugas, sebelum pintu masuk dan selepas memasuki stadium.
Selain itu, Azli berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan di laluan pintu utama (grand stand) SSMZA.
Iklan
Beliau berkata, sebarang bentuk perarakan atau perhimpunan sebelum, semasa atau selepas perlawanan juga tidak dibenarkan bagi mengelak insiden pergaduhan atau provokasi.
"Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan dan kekecohan. Datanglah memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dengan cara berhemah dan penuh semangat kesukanan,” katanya.
Iklan
Dalam pada itu, TFC melalui laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa sebanyak 4,000 keping tiket telah habis dijual manakala jualan tiket fizikal pula mula dibuka sejak 10 pagi tadi di SSMZA.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabri Abas berkata, pihak pengurusan TFC juga akan memperketat pemeriksaan di pintu masuk bagi mengelakkan isu penjualan tiket palsu.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memantau kemasukan secara haram yang menyebabkan bilangan penonton melebihi kapasiti.
"Pihak pengurusan akan menempatkan pemerhati di setiap pintu masuk stadium. Langkah ini terpaksa diambil memandangkan ramai yang masuk secara haram, sehingga menyebabkan penonton yang membeli tiket tidak dapat tempat duduk,” katanya.
Beliau berkata sempena perlawanan esok, TFC turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk jualan cenderamata dan pameran untuk menghangatkan lagi suasana perlawanan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>