KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki tiga bilah parang tanpa maksud sah.
Nik Azahar Mohamed, 51, didakwa memiliki tiga bilah parang masing-masing berukuran 51 sentimeter (cm), 60 cm, dan 62 cm tanpa maksud yang sah di kawasan Taman KUB, Kampung Chica, Kubang Kerian, di sini pada jam 2.10 pagi, 13 Januari lepas.